PENGALAMAN MENGANDUNG LUAR RAHIM @ ECTOPIC PREGNANCY

ASSALAMUALAIKUM ALL'S

Entry kali nie nak share pengalaman yang pernah terjadi kat aku iaitu mengandung luar rahim @ Ectopic Pregnancy. Perkara yang tak pernah aku tahu dan ambil tahu terjadi pada aku insan yang dipilih oleh Nya. Lepas 2bulan aku berkahwin, kt0rang tak pernah bincang hal anak, pe lagi nak merancang. Kira aku & Hus tak sangka dapat berita gembira (pregnant) dalam masa yang cepat, syukur Alhamdulillah.
Masa mula2 gi klinik kesihatan (pada pertengahan puasa), doc bagitaw Tahniah...awak pregnant. Then doc suruh datang buat buku merah dan scan lepas raya.

Nak dijadikan cerita, hari raya pertama (malam) aku kat kampung Hus masa tengah ambil laksa, belum sempat laksa tu masuk kedalam mulut aku, tiba2 jeng jeng jeng perut aku sakit (suspen tak?) hihihi...makin lama makin sakit sampai aku tak dapat berdiri tegak (terbongkok-bongkok macam nenek kebayan yang comey). Hus dan mak mentua cepat2 papah aku ke dalam kereta pergi ke Hospital.


Sampai je di wad kecemasan, aku terus di scan (ultrasonography), ambil upt lagi dan ambil darah tapi perut makin sakit rasanya macam ada benda nak pecah waktu tu. Aku berserah dan terus berdoa agar Allah selamatkan baby aku. 


Tapi Allah dah aturkan jalan yang terbaik dan hanya Dia sebaik-baik perancang. Tak sampai 10minit, aku terus ditolak ke dalam wad bedah (emergency operate) kerana kandungan aku berada di luar rahim dan terpaksa dibuang kerana akan mengakibatkan pendarahan yang banyak didalam perut dan membahayakan nyawa aku jika tak dibuang.
Sekiranya lewat period lepas ni cepat-cepat buat upt dan sekiranya positif buat scan di klinik yang boleh lihat kedudukan bayi dan kelewatan membuang kandungan luar rahim akan menyebabkan ia pecah di dalam perut dan mengakibatkan pendarahan yang banyak serta boleh mengancam nyawa ibu. 
Sabda Rasulullah SAW :
والذي نفسي بيده إن السقط ليجر أمه بسرره إلى الجنة إذا احتسبته
Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke dalam surga dengan bersama ari-arinya (سرره) apabila ibunya mengharap pahala dari Allah (dengan musibah tersebut)

"Saham akhirat Umi & Abi"










No comments :

Post a Comment