Kari Ikan ala Mamak + Udang Panggang Butter

Assalamualaikum All's

Ceciter semalam, aku balik je opis, buka peti ais ada ikan kembung, aku tengok ikan tuu, dia p0n tengok aku, hahaha sebenarnya xtaw nak masak ape no idea. Pikiq punya pikiq aku decide wat kari mamak style (tanpa santan) and for your information nie 1st kari yang aku buat selepas berkahwin, maluu :-p (ibu aku share resepi kat anak perempuanya dan sedikit sindiran setajam pisau...Haa tu la kau, ibu masak selama nie kau x pernah nak tengok nak belajar, skunk baru nak belajar huhuhu). Okeyy layan gambar dan resepi kat bawah yee, enjoice!!


ikan di laut t0mat0 di darat, dalam kuali bertemu jua :-p
<<BAHAN-BAHAN>>

2 ketul ikan kembung
4 biji bawang merah (ditumbuk)**
3 ulas bawang putih (ditumbuk)**
2 cm halia (ditumbuk)**
1 sudu cili boh (dikisar)**
1 sudu cili api (dikisar)**
Sedikit halba
Daun kari
Serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 mangkuk kecil air
Garam secukupnya
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 biji tomato (dibelah 4)


<<CARA-CARA MEMBUATNYA>>

Panaskan minyak.

Masukkan semua bahan yang ditumbuk dan dikisar tadi bersama dengan halba dan daun kari.
Tumis sehingga kekuningan dan naik bau. 
Kemudian, masukkan serbuk kari dan masak hingga garing.
Tuangkan air asam jawa, air, dan perasakan dengan garam secukupnya.
Akhir sekali, masukkan ikan dan tomato. Biarkan seketika sehingga ikan masak.
Padamkan api. Sedia dihidangkan.


Walaup0n aku & Hus makan berdua je, tapi ktorang gilerr meratah lauk pauk. s0,aku siap kan lagi satu lauk simple iaitu udang. Nahh layan gambar dan resepi kat bawah lagi.
Abaikan udang yang cacat x berkepala tuu
<<BAHAN-BAHAN>>

1/2 kilo udang dibersih dan ditoskan 
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat 
Sedikit halia ditumbuk lumat 
Sedikit lada sulah
Satu sudu kecil sos tiram
Satu sudu besar butter  

<<CARA-CARA MEMBUATNYA>>

Udang diperap bersama bahan-bahan yang ditumbuk lumat selama 10 minit 
Kemudian letakkan serbuk lada sulah dan sos tiram
Panggang udang di dalam Pemanggang Ajaib selama 5minit (gantikan minyak dengan butter)
Siap untuk dihidangkan.
Taraaa....Jemput tengok okeyy


car wash & cafe

Salam korang...
Jom la lepak2 santai sambil basuh kereta korang dan layan Hazel Latte, Hot Chocolate (dan macam2 lagi menu) terbaeeekkk di Mantin..
Car wash kami berada di Jalan Besar Mantin lepas Kolej Lagenda sebelah Klinik Famili & Pasaraya Millenium.. s0, ape lagi....jomm santai2...