ikan siakap stim limau daa best

Assalamualaikum all's
Entry kali nie aku nak share resepi ikan siakap stim limau yang buat julung kalinya aku masak.
Nak dijadikan st0ry mory aku memang tak minat buat stim2 @ kukus nie, tapi disebabkan Hus suka bangat dengan menu ikan siakap stim nie, aku p0n dengan gigih laa try masak demi Hus tercinta :-p s0,meh kita ke dapur -->

BAHAN-BAHAN 

Seekor ikan siakap (aku pakai yang sederhana je)
5 ulas bawang merah (dimayang)***
4 ulas bawang putih (hiris memanjang)***
2 inci halia (hiris memanjang)***
4 batang serai (dimayang)***
3 helai daun limau purut (hiris memanjang)***
1 biji bawang besar holland (dipotong bulat)
6 biji limau kasturi -perah dan ambil airnya sahaja ***
5 biji cili api ***
1/2 biji tomato (dipotong dadu)
1 kiub pati ayam maggi
1 Sudu sos tiram
Garam dan gula (secukup rasa)
Daun sup & daun bawang
Tepung jagung (dicampur dengan air sedikit)
Air perahan limau, kiub ayam & s0s tiram
Bahan yang telah siap disediakan
CARA MEMBUAT

>> Ikan siakap yang telah dibersihkan di lumurkan dengan sedikir garam dan sos tiram,perapkan 5 minit.
>> Aku kukus ikan pakai pemanggang ajaib, lepastu masukkan sedikir air. Biarkan selama 10 minit.
>> Masukkan kesemua bahan yang bertanda *** ke dalam pemanggang ajaib.Biar seketika, kemudian masukkan perahan air limau, sos tiram,tepung jagung, kiub ayam, secubit garam dan gula.
>> Akhir sekali masukan tomato dan bawang holland. Biar 5 minit dan padamkan api.
>> Angkat dan sedia dihidangkan. Kalau nak lagi best aromanya tu tu letakkan daun sup dan daun bawang.
Pemanggang ajaib Vantage sangat mudah digunakan
Bawang holland & tomato dimasukan akhir sekali yee
Serius aku tak sangka, resepi pertama aku buat ikan siakap stim limau nie berjaya dan Hus p0n suka. Rasa ser0nok pulak nak masak dan share resepi lagi, hehehe..

JeMpUt TeNg0k yE :-)

No comments :

Post a Comment