PENGALAMAN MENGANDUNG LUAR RAHIM @ ECTOPIC PREGNANCY

ASSALAMUALAIKUM ALL'S

Entry kali nie nak share pengalaman yang pernah terjadi kat aku iaitu mengandung luar rahim @ Ectopic Pregnancy. Perkara yang tak pernah aku tahu dan ambil tahu terjadi pada aku insan yang dipilih oleh Nya. Lepas 2bulan aku berkahwin, kt0rang tak pernah bincang hal anak, pe lagi nak merancang. Kira aku & Hus tak sangka dapat berita gembira (pregnant) dalam masa yang cepat, syukur Alhamdulillah.
Masa mula2 gi klinik kesihatan (pada pertengahan puasa), doc bagitaw Tahniah...awak pregnant. Then doc suruh datang buat buku merah dan scan lepas raya.

Nak dijadikan cerita, hari raya pertama (malam) aku kat kampung Hus masa tengah ambil laksa, belum sempat laksa tu masuk kedalam mulut aku, tiba2 jeng jeng jeng perut aku sakit (suspen tak?) hihihi...makin lama makin sakit sampai aku tak dapat berdiri tegak (terbongkok-bongkok macam nenek kebayan yang comey). Hus dan mak mentua cepat2 papah aku ke dalam kereta pergi ke Hospital.


Sampai je di wad kecemasan, aku terus di scan (ultrasonography), ambil upt lagi dan ambil darah tapi perut makin sakit rasanya macam ada benda nak pecah waktu tu. Aku berserah dan terus berdoa agar Allah selamatkan baby aku. 


Tapi Allah dah aturkan jalan yang terbaik dan hanya Dia sebaik-baik perancang. Tak sampai 10minit, aku terus ditolak ke dalam wad bedah (emergency operate) kerana kandungan aku berada di luar rahim dan terpaksa dibuang kerana akan mengakibatkan pendarahan yang banyak didalam perut dan membahayakan nyawa aku jika tak dibuang.
Sekiranya lewat period lepas ni cepat-cepat buat upt dan sekiranya positif buat scan di klinik yang boleh lihat kedudukan bayi dan kelewatan membuang kandungan luar rahim akan menyebabkan ia pecah di dalam perut dan mengakibatkan pendarahan yang banyak serta boleh mengancam nyawa ibu. 
Sabda Rasulullah SAW :
والذي نفسي بيده إن السقط ليجر أمه بسرره إلى الجنة إذا احتسبته
Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke dalam surga dengan bersama ari-arinya (سرره) apabila ibunya mengharap pahala dari Allah (dengan musibah tersebut)

"Saham akhirat Umi & Abi"










taNda-tAnda Awal kEhamilaN

Assalammualaikum sayang2...
Entry kali nie aku nak cerita pasal tanda awal2 kehamilan yang pernah aku rasa sendiri,  Aku share kan entry ini berdasarkan pengalaman sendiri ok! Jom baca!

Perut tak selesa
 Perut rasa yang tak selesa sampaikan duduk, baring terlentang pun rasa tak selesa dan semua nye tak kena. Aku asyik bertukar cara duduk dan kadang-kadang rasa ngilu kat bawah perut (kawasan ari-ari).

Tak sedap badan
Tiap hari aku rasa nak Demam, seram sejuk badan aku..Kadang-kadang akan rasa macam demam kura-kura itup0n bergantung pada badan korang la kan..Penat rasa malas alahaii jangan cakap la..

Mual
Tekak rasa tak sedap je. Rasa mual tapi tak muntah. Aku standby je gula-gula atau asam masin..Tapi lagi mual kalau bangun pagi2 nak gosok gigi, huhuhu..

Cepat Mengantuk
Bagi la apa kerja dan aktiviti yang best2 p0n tetap tak boleh hilangkan ngantuk. Masa awal-awal hamil, aku cepat sangat nak tidur, menguap jangan cakap la dah macam kerbau hahahaha..huduh sungguh..

Kerap buang air kecil
Hal nie memang betul, orang kata pembesaran rahim sedang berlaku di mana menghimpit pundi kencing kita sebab tu laa manjang nak ke Toilet je..

Payudara rasa sakit
Masa awal-awal dulu, breast rasa sakit. Lagi-lagi bila tersentuh dan terhentak (oppss..buat ape la tu) memang sakit. Nak pegang pun tak boleh. huhuhu..

Mengidam
Aku sebenarnya tak tahu rasa mengidam masa awal-awal hamil dulu..sampai la satu hari aku teringin sangat makan Burger King (kemaiin lagi kan), nasib laa Hus tunaikan janji. Lagi satu paling pelik aku suka cium baju Hus, hihihi..
Haa.. ni la tanda-tanda awal kehamilan yang aku rasa dulu..Walaup0n hanya sekejap aku bersyukur dapat jugak rasa semua ni. Kalau korang ada rasa tanda-tanda awal kehamilan kat atas, TAHNIAH!!!

My Wedding Reception @ Nilai

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. 
Kalau korang baca entry yang dulu2 kala, mesti dah tau perkenalan aku & Hus yang berjalan selama 8tahun lebih..Selepas s0lat istiqarah, aku buat keputusan untuk terima lamaran Hus (walaup0n dilamar selepas teng0k wayang KL Gengster) hahaha!!! s0, kami buat keputusan nikah 24 May 2014, dan Majlis bersanding pada 25 May 2014 dan bertandang 14 September 2014 (selepas operation-ectopic pregnancy).


MUA kak lin @ Erniesya Bridal's
Aku puas hati sangat mekap kak lin, sebab x terlampau tebal dan tahan lama walaup0n sampai ke petang tak payah aku nak touch-up lagi, berbeza mekap tunang dan nikah (lain2 MUA)

Tema pilihan aku

@ Erniesya Bridal's
Simple je kan :-p
Haa, bab pelamin memang 100% bukan idea aku dan ni last minit punya perbincangan hahaha...lagip0n aku serah semua kat @ Erniesya Bridal's hanya colour tema je aku pilih..0key laa kan, k0 hadoo???
Makanan yang di hidangkan sangat menyelerakan :-) 

They gave a go0d service dgn rege yang berpatutan & makanan sgt sedapp
SFS Catering @ KotaSerimas


Special thanx goes to Ibu & Ayah yg banyak membantu aku dr segi moral support, yg tak pernah biarkan aku jatuh s0rng2, sentiasa ade disaat aku menangis, disaat aku hadapi masalah, terima kasih Ya Allah kurniakan aku Ibu & Ayah dan Emak & Ayah..hahaha...okla..layann..



saudara saudari cikeb0m cikeb0om :-)
kawan2 SM Technic Juasseh
0pismate
0pismate
kawan2 sek0lah 
kawan2 Hubby
At the end, pernikahan yg menyatukan kami itu yg lebih penting dari segala-galanya, kan? that was so nice moment walau adakalanya terdapat kekurangan.Sem0ga ikatan kami bersatu hingga ke Jannah~~ Amiinn~~