RAHSIA ASMAUL HUSNA



1. ALLAH.
Yang mencipta sekalian makhlukNya daripada tiada kepada ada. Ia merupakan nama yang meliputi serta mencakupi seluruh nama-namaNya yang lain. Sesiapa yang mengamalkan YA ALLAH sebanyak 5000 kali setiap malam, selama sebulan, insyaallah akan menjadikan hati kusyuk dan tawadhuk, juga segala apa yang dihajati akan tercapai.

2. AR- RAHMAN ( MAHA PEMURAH )
Bersifat Pemurah dengan mengurniakan rahmat dan kemakmuran terhadap semua hamba-Nya didunia tanpa membeza-bezakan sama ada mereka itu Muslim atau Kafir, yang taat maupun yang engkar.

3. AR- RAHIM ( MAHA PENYAYANG )
Yang bersifat Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin pada hari kiamat. Membaca YA RAHIM setiap hari akan dilembutkan hatinya dan akan timbul perasaan sayang kepada sesama makhluk. Jika dibaca 100 kali selepas solat Subuh akan disayangi dan disukai oleh orang ramai.

4. AL- MALIK ( MAHA MEMERINTAH )
Yang Maha Mengatur kerajaan-Nya mengikut kehendak-Nya. Sesiapa membaca YA MALIK sebanyak 121 kali setiap hari, yakni setelah terbit fajar atau tergelincir matahari, insyaallah akan dilimpahkan kekayaan harta dan jiwa oleh Allah, jika dibaca 100 kali setiap pagi,insyaallah akan bersih hati dan diri menjadi terhormat.

5. AL- QUDDUS ( MAHA SUCI )
Allah Maha Suci dan bebas daripada segala kekurangan, kesilapan , kelemahan, ketidakupayaan dan sebarang cacat cela. 
Sesiapa yang membaca YA QUDDUS – 100 kali setiap hari, ketika tergelincir matahari, insyaallah akan bersih hatinya dari sifat sombong, rakus ,dengki, iri hati, dendam serta terlepas dari kebimbangan. Membacanya 1000 kali, insyaallah akan diselamatkan dari malapetaka.

6. AS- SALAM ( MAHA MEMBERI KESEJAHTERAAN )
Maha Sejahtera daripada segala kekurangan dan memberi perlindungan kepada hamba-hamba-Nya serta memberi kenikmatan kepada ahli syurga. Sesiapa yang membaca YA- SALAM sebanyak 160 kali dihadapan orang yang berpenyakit , insyaallah akan sembuh penyakitnya selama belum sampai ajalnya atau sekurang-kurang bertambah ringan penyakitnya.

7. AL- MU’MIN 9 MAHA PEMELIHARAAN KEAMANAN )
Allah yang Maha Memiliki dan Memelihara Keamanan. Sesiapa yang membaca YA MU’MIN sebanyak 136 kali, maka amanlah dirinya dan hartanya dari sebarang yang menakutkan.
Jika diamalkan sebagai wirid, insyaallah akan terselamat dari sebarang bencana, dan bertambahlah imannya.

8. AL- MUHAIMIN ( MAHA MELINDUNGI DAN MEMELIHARA )
Allah Maha Melindungi dan Maha Memelihara setiap sesuatu. Membaca sebanyak 145 kali selepas solat Isyak, insyaallah akan kuat hafalannya( ingatan ).

9. AL- AZIZ ( MAHA MULIA / PERKASA )
Allah Maha Mulia dan Maha Perkasa dan serta mampu melakukan segala kehendakNya. Dialah yang Maha Mulia kerana keperkasaan-Nya pada zat sifat dan perbuatan-Nya. Berzikir YA AZIZ sebanyak 140 kali selama 40 hari, insyaallah akan mendapat kemuliaan dan kewibawaan.

10. AL- JABBAR 
(  MAHA PERKASA/ MAHA KERAS )
Zat yang tidak dapat dialahkan,dan tiada sesuatupun yang dapat berselisihan dengan-Nya mengenai apa sahaja.
Selalulah berzikir YA JABBAR , insyaallah akan terpelihara daripada melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat, terselamat daripada bahaya dan ancaman serta terhindar dari sebarang bentuk paksaan.